SMPlayer kini menyokong mpv

SMPlayer kini dapat berfungsi dengan kedua-dua MPlayer dan mpv. Tetapi... apa itu MPlayer dan mpv?

SMPlayer tidak dapat memainkan fail media secara sendiri. Ia menjalankan enjin multimedia untuk memainkan media. Sehingga kini SMPlayer menggunakan MPlayer secara eklusif sebagai enjin multimedia. Tetapi kini ia dapat menggunakan mpv juga.

Apa itu mpv?

mpv adalah berasaskan MPlayer dan menyediakan fitur baharu dan pembaikan pepijat.

Beberapa fitur menariknya:

  • Keupayaan memaparkan dua sarikata secara serentak
  • Main video dari laman video, seperti Youtube, DailyMotion, Vimeo, Vevo dan banyak lagi.
  • Sokongan untuk bab tertertib MKV
  • Penjangkauan tepat
  • Sokongan tabii untuk VAAPI dan VDA. VDPAU dipertingkatkan
  • Sokongan lebih baik ketika mengambil cekupan skrin
  • Langkah undur bingkai
Klik di sini untuk senarai terperinci fitur mpv

Bagaimana hendak memasang mpv

Windows

Pemasang Windows memberikan keupayaan untuk pilih enjin multimedia yang manakah patut dipasang. Hanya klik "Enjin multimedia" dan pastikan mpv telah dipilih.
The SMPlayer installer

Linux

Lawati http://mpv.io/installation/ untuk dapatkan versi terkini mpv untuk distro anda.
Pengguna Ubuntu 12.04 (Precise) dan 14.04 (Trusty) boleh mendapatkan mpv 0.15.0 menerusi PPA ini.

Bagaimana hendak benarkan mpv dalam SMPlayer

Untuk menggunakan mpv selain dari MPlayer, buka dialog keutamaan SMPlayer dan pilih mpv sebagai enjin multimedia dalam tab Am.

Select mpv in preferences