Bahagian hadapan MPlayer untuk Windows dan Linux


SMPlayer adalah antaramuka pengguna bergrafik (GUI) yang memenangi anugerah MPlayer, ia berupaya memainkan hampir kesemua format audio dan video yang diketahui. Lihat senarai format disokong
SMPlayer berplatform-berbilang dan dijalankan pada Windows dan Linux. Ia telah dibangunkan menggunakan Kit alat Qt.

MPlayer adalah pemain media yang hebat tetapi ia adalah aplikasi baris-perintah dan sukar digunakan. SMPlayer memudahkan capaian ke fungsi MPlayer yang paling umum dan berguna, seperti memilih trek audio atau sarikata, membenarkan penapis video, melaras lengahan audio, kelajuan main balik dan banyak lagi, hanya gunakan antaramuka yang menarik dan berintuitif. Dialog keutamaan lengkap juga tersedia dengan pilihan untuk prestasi talaan-halus, menukar warna dan fon sarikata, tetapkan pintasan kekunci...

Selain itu SMPlayer juga menambah fitur menarik lain seperti keupayaan untuk main video Youtube, gelintar dan muat turun sarikata, cipta imej pratonton video...

Salah satu fitur menarik SMPlayer: ia mengingati tetapan bagi semua fail yang anda mainkan. Jadi anda boleh mula menonton cereka tetapi anda terpaksa hentikan... jangan bimbang, bila anda buka cereka tersebut semula ia akan sambung semula pada kedudukan terakhir anda tinggalkan, dan dengan tetapan yang sama: audio, trek, sarikata, volum...

Beberapa fitur menarik yang lain:

  • Sokongan untuk Youtube.
  • Dialog keutamaan lengkap, yang mana anda boleh menukar pintasan kekunci, warna dan fon sarikata, dan banyak lagi.
  • Sokongan kulit dan tema ikon.
  • Keupayaan menggelintar dan memuat turun sarikata dari opensubtitles.org.
  • Penapis. Kebanyakan penapis video dan audio disediakan: nyahjalinan (deinterlace), post-pemprosesan, nyah-hingar... dan penapis karaoke (pembuangan suara).
  • Menjangkau dengan roda tetikus. Anda boleh guna roda tetikus anda untuk maju atau undur di dalam video. Butang tetikus juga boleh disuaikan.
  • Penyama video, membolehkan anda laras kecerahan, beza jelas, rona, ketepuan dan gama imej video.
  • Kelajuan mainbalik berbilang. Anda boleh main pada kelajuan 2X, 4X... dan juga gerakan perlahan.
  • Pelarasan lengahan audio dan sarikata. Membolehkan anda segerakkan audio dan sarikata.
  • Pilihan lanjutan, seperti memilih demuxer atau kodeks audio & video.
  • Guna bahasa ibunda anda: Buat masa ini SMPlayer telah diterjemah kepada lebih dari 30 bahasa, termasuklah Bahasa Melayu, Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali, Rusia, Cina, Jepun...
  • Sumber terbuka dan bebas. SMPlayer dibawah lesen GPL.
  • Serasi dengan Windows XP/2003/Vista/Server 2008/7/8.

Sokongan dipertingkatkan untuk MPlayer2 yang baharu

SMPlayer juga menyokong MPlayer2. MPlayer2 adalah cabang dari MPlayer yang menyediakan beberapa fitur baru seperti sokongan bab tertertib Matroska dan jangka tepat, dan juga menyediakan beberapa pembaikan pepijat. Rujuk senarai terperinci perbezaannya..

Kemaskini Kelihatan MPlayer2 tidak lagi dibangunkan dan telah diatasi oleh mpv. Malangnya SMPlayer kini menyokong mpv jua!

Binari MPlayer tersedia untuk Windows

Pakej SMPlayer untuk Windows sudah disertakan dengan versi terbaharu MPlayer. Tetapi jika anda mencari binaan MPlayer atau MPlayer2 yang lebih baharu, sila lihat projek yang diselenggara oleh redxii:


Versi 17.3
  • Sokongan eksperimental untuk sarikata bagi Chromecast.
  • [Lagi maklumat]
  • Pembaikan pepijat.
Versi 17.2
  • Baiki Youtube.
  • Pilihan untuk memadam fail dari cakera dalam senarai main telah kembali tetapi ia dilumpuhkan secara lalai (anda boleh benarkannya dalam Keutamaan -> Senarai Main -> Pelbagai).
  • Pada SMPlayer Linux kini menggunakan pelayan sesawang yang lain, yang disertakan dalam pakej, untuk menyediakan fail bagi Chromecast. Jika anda memasang pakej webfs, anda boleh membuangnya kerana SMPlayer tidak lagi menggunakannya.
  • Terjemahan baharu: Norwegian Bokmål.
Versi 17.1
  • Sokongan eksperimental untuk memainkan video dengan Chromecast.
  • Sokong beberapa pilihan #EXTVLCOPT dalam senarai main m3u/m3u8. Ia mungkin dapat memainkan strim atas talian dari senara main khusus untuk VLC.
  • Pilihan baharu dalam menu konteks senarai main: 'salin URL ke dalam papan keratan', 'buka folder sumber' dan 'main di Chromecast'.
  • Pilihan untuk papar maklumat kadar bit dalam palang status.
  • Keupayaan memaparkan masa main balik dalam milisaat dalam palang status.
  • Pilihan untuk menambah sempadan hitam ketika skrin penuh telah dikembalikan (Keutamaan -> Am -> Video).
  • Pilihan dalam senarai main untuk memadam fail dari cakera telah dibuang.
Versi 16.1
  • Baiki Youtube.
  • Cekupan skrin ini berfungsi baik dengan versi lebih lama MPlayer/mpv.
  • Berkemungkinan menambah tanda buku (menu Layar), yang membolehkan penandaan bahagian kegemaran video anda untuk capaian pantas.
  • Pilihan baharu "Sekat tetingkap untuk berada diluar skrin' dalam Keutamaan -> Antaramuka.