Tinjauan pantas SMPlayer

SMPlayer adalah pemain media bebas untuk Windows dan Linux dengan kodeks terbina-dalam yang dapat mainkan semua format audio dan video secara maya. Ia tidak memerlukan mana-mana kodeks luaran. Hanya pasang SMPlayer dan anda dapat mainkan semua format tanpa perlu cari dan pasang pek kodeks.

Salah satu fitur menarik SMPlayer: ia mengingati tetapan bagi semua fail yang anda mainkan. Jadi anda boleh mula menonton cereka tetapi anda terpaksa hentikan... jangan bimbang, bila anda buka cereka tersebut semula ia akan sambung semula pada kedudukan terakhir anda tinggalkan, dan dengan tetapan yang sama: audio, trek, sarikata, volum...

SMPlayer adalah antaramuka pengguna bergrafik (GUI) yang memenangi anugerah MPlayer, ia berupaya memainkan hampir kesemua format audio dan video yang diketahui. Selain dari menyediakan capaian ke pilihan MPlayer yang paling umum dan berguna, SMPlayer menambah fitur menarik lain seperti keupayaan memainkan video Youtube dan memuat turun sarikata.

Main semua format media

SMPlayer menyokong hampir kesemua format dan kodeks yang diketahui; avi, mp4, mkv, mpeg, mov, divx, h.264... anda boleh mainkan semuanya, terima kasih kerana ada kodeks terbina-dalamnya. Anda tidak perlu cari dan pasang kodeks pihak-ketiga. Lihat senarai format disokong

Support for YouTube

SMPlayer boleh memainkan video Youtube dan ia juga tersedia pemalam pilihan yang membolehkan anda gelintar video Youtube.

Kulit

SMPlayer disertakan dengan beberapa kulit dan tema ikon, jadi anda dapat menukar penampilan pemain dengan mudah.

Muat turun sarikata

SMPlayer boleh menggelintar dan memuat turun sarikata dari opensubtitles.org.

Fitur lanjutan

SMPlayer menyertakan banyak fitur termaju seperti penapis video dan audio, pengubahan kelajuan main balik, pelarasan lengahan audio dan sarikata, penyama video... dan banyak lagi. Peranti 2 dalam 1 dengan skrin sentuh juga disokong.

Dalam bahasa anda

SMPlayer tersedia lebih dari 30 bahasa, termasuklah Bahasa Melayu, Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali, Rusia, Cina, Jepun...

Platform-berbilang

SMPlayer kini tersedia untuk Windows, Linux dan Mac OS. SMPlayer adalah serasi dengan Windows XP/Vista/7/8/10.

Sumber terbuka dan bebas

SMPlayer adalah bersumber terbuka dan bebas. SMPlayer dilesenkan bawah lesenGPL.

MPlayer

SMPlayer menggunakan MPlayer yang pernah memenangi anugerah sebagai enjin mainbaliknya, merupakan salah satu pemain terbaik di dunia. Ketahui lagi
Kini SMPlayer menyokong mpv juga. Ketahui lagi