Langkah pertama dengan SMPlayer

Terima kasih kerana memasang SMPlayer. Pasukan SMPlayer berharap anda menikmati pemain media kami. Disini disertakan panduan pantas untuk memulakan SMPlayer.


SMPlayer 17.9.0 telah dikeluarkan
klik di sini untuk ketahui apa yang terbaharu

Fitur baharu

Main di Chromecast

Untuk memainkan video dengan Chromecast hanya pilih pilihan "Main di Chromecast" melalui menu Main. Yang akan membuka laman kawalan Chromecast SMPlayer dalam pelayar sesawang anda dengan URL video tersebut. Laman sesawang ini boleh berkomunikasi dengan peranti Chromecast anda. Anda dapat terdapat pilihan untuk sambung/putus, mula main balik dan kawalan untuk main, jeda, volum, jangkau... Anda juga boleh mengawal main balik dengan telefon pintar atau tablet dengan mengimbas kod QR yang disertakan dalam halaman itu. Maklumat lanjut mengenai fitur ini di sini.

Hantar video ke skrin luaran

Anda boleh menghantar video ke skrin kedua yang bersambung dengan komputer, manakala pengawalan aplikasi berada dalam skrin komputer. Hanya pilih pilihan "Hantar video ke skrin" melalui menu Video dan pilih skrin.


Asas

Main fail cereka

Untuk membuka fail, hanya klik butang pertama dalam palang alat atau pilih pilihan Fail... dalam menu Buka. Anda boleh pilih mana-mana fail dari format yang disokong oleh SMPlayer, seperti avi, mp4, mkv, ts, mpg... Cereka akan mula dimainkan. Anda boleh guna kawalan dibahagian bawah pemain untuk menjedanya, mandir, jangkau...

Open a file using the toolbar button
Open a file using the Open menu

Untuk tukar ke mod skrin penuh, klik pada butang skrin penuh (fullscreen button) dalam palang kawalan atau tekan F. Dalam mod skrin penuh, bila anda gerak tetikus ke bahagian bawah skrin satu kawalan terapung akan muncul. Untuk kembali ke mod tetingkap, klik pada butang skrin penuh dalam kawalan terapung atau tekan F atau ESC. Anda juga boleh mengklik kanan pada bila-bila masa di video untuk paparkan menu konteks.

Adalah sangat mudah menukar trek audio, pilih sari kata, benarkan penapis video, ubah kelajuan main balik... hanya jelajah menu pemain.

Main video Youtube

Untuk main atau muat turun video Youtube, hanya pilih Pelayar Youtube dalam menu Pilihan. Ia akan buka tetingkap Pelayar Youtube. Alat ini membolehkan anda layar dikalangan video yang paling popular, ditonton dan tertinggi penarafannya. Anda boleh gelintar video dengan menaip terma dalam medan gelintar dibahagian bawah tetingkap. Untuk memainkan video, hanya dwi-klik padanya.

Muat turun sarikata

SMPlayer boleh mencari dan memuat turun sarikata untuk anda. Hanya buka video dan pilih Cari sarikata di opensubtitles.org dalam menu Sarikata. Satu tetingkap baru akan muncul dalam senarai sarikata yang tersedia. Hanya pilih sarikata yang anda mahu muat turun dan klik pada butang Muat Turun. Fail sarikata akan dimuat turun secara automatik dan dipaparkan dalam video.

Ubah kulit

Anda boleh menukar kulit dengan mudah. Klik pada butang simbol pemutar skru (screwdriver button) dalam palang alat atau pilih pilihan Keutamaan dibawah menu Pilihan. Ia akan buka dialog keutamaan. Sekarang klik pada seksyen Antaramuka disebelah kiri. Sekarang piih GUI Boleh Dikulit dalam pilihan GUI. Akhir sekali pilih kulit yang anda mahu guna dibawah pilihan Kulit.

Penjana lakaran kenit

SMPlayer disertakan dengan penjana lakaran kenit, yang membolehkan anda lihat pratonton sesebuah video. Ia sangat mudah digunakan: buka video kemudian pilih Penjana Lakaran Kenit dalam menu Video.

Prestasi dipertingkat

Jika anda hadapi masalah memainkan video HD, anda boleh tingkatkan prestasi berdasarkan saranan ini:

  • Jika anda mempunyai pemproses teras-berbilang: pilih Keutamaan dalam menu Pilihan. Ia akan buka dialog keutamaan. Kemudian pergi ke seksyen Prestasi. Sekarang tingkatkan "bebenang untuk penyahkodan" berdasarkan bilangan teras pemproses anda (Jika anda mempunyai 2 teras, pilih 2 bebenang. Jika anda mempunyai 4 teras, anda boleh pilih sehingga 4 bebenang, dan seterusnya untuk jumlah teras yang lebih banyak).
  • Jika anda tidak mempunyai pemproses teras-berbilang: pilih Keutamaan dalam menu Pilihan. Ia akan buka dialog keutamaan. Kemudian pergi ke seksyen Prestasi. Tanda pilihan "Benarkan lepas bingkai". Ia akan membantu kekalkan segerak A/V, walaupun beberapa format video boleh menyebabkan kerosakan video. Anda juga boleh bereksperimen dengan pilihan "penapis gelung" H.264.
Anda boleh menyokong SMPlayer dengan memberi sedikit derma.

blog Ketahui perkara menarik mengenai SMPlayer didalam blog kami.