Sokongan untuk Chromecast, skrin sentuh dan banyak lagi fitur baharu!!!

Banyak fitur menarik yang baharu telah ditambah baru-baru ini ke dalam SMPlayer. Halaman ini akan menceritakan secara ringkas berkenaan kesemuanya.


Sokongan untuk Chromecast

Versi 17.1 fiturkan sokongan eksperimental untuk Chromecast. Kini anda boleh menghantar video dari SMPlayer ke peranti Chromecast anda, termasuklah fail setempat dalam komputer anda dan juga strim atas-talian seperti saluran TV atau video dari laman seperti YouTube, Dailymotion, Vimeo dan banyak lagi. Lagi maklumat.

Sokongan untuk komputer 2 dalam 1 dengan skrin sentuh

SMPlayer kini menyertakan 'mod tablet', yang tersedia dalam Pilihan menu. Bila pilihan dihidupkan ia membuat beberapa perubahan pada antaramuka supaya lebih mudah mengawal SMPlayer melalui sentuhan skrin.

  • saiz tetingkap dan fon ditingkatkan
  • peleretan secara menegak dalam video mengubah volum, pelereta secara mengufuk akan jangkau video.
  • mengetik ketika dalam paparan skrin penuh akan timbulkan kawalan terapung
Bila pengguna menukar ke mod tablet dalam pusat tindakan Windows 10, SMPlayer akan mengesannya dan maklumkan sama ada ia patut menukar ke mod tablet SMPlayer jua.

Hantar video ke skrin luaran

Kini anda dapat menghantar video ke skrin kedua yang bersambung dengan komputer, manakala pengawalan aplikasi berada dalam skrin komputer.

Terdapat pilihan baharu dalam Video menu: hantar video ke skrin. Ia menunjukkan submenu dengan semua skrin yang bersambung.

Salah satu skrin dilabelkan sebagai 'skrin utama', yang merupakan skrin komputer. Jika anda menghantar video ke skrin lain, video akan dipaparkan pada skrin tersebut dalam mod skrin penuh. Antaramuka SMPlayer akan kekal dalam skrin komputer yang mana anda dapat mengawal video (jangkau, ubah volum, sarikata, senarai main, buka video lain, dan lain-lain) manakala video pula terpapar pada skrin kedua. Jika anda menghantar video ke skrin utama, video akan tercantum dengan tetingkap SMPlayer.

Perhatian fitur ini memerlukan dekstop ditetapkan sebagai 'extended'.

Sokongan untuk skrin DPI

Pada skrin DPI tinggi (titik seinci) SMPlayer kelihatan terlalu kecil. Kini antaramuka diskalakan secara automatik supaya nampak elok. Terdapat juga tetapan dalam Keutamaan -> Antaramuka -> DPI tinggi yang mana anda dapat melaras faktor skala atau matikan fitur ini.

Tanpa sokongan DPI tinggi

Dengan sokongan DPI tinggi

Pintasan sejagat

Kini SMPlayer dapat gunakan kekunci multimedia (main/jeda, henti, volum+/-, dan lain-lain) sebagai pintasan sejagat. Ini bermaksud kekunci tersebut dapat berfungsi walaupun SMPlayer berfungsi disebalik tabir. Anda boleh aktifkan pilihan ini di Keutamaan -> Papan kekunci dan tetikus.

Tetapan diingati untuk strim atas-talian juga

Sebagai contoh, SMPlayer dapat menyambung semula main balik atau tetapkan tanda buku pada video YouTube atau lain-lain strim atas-talian (selagi ia boleh dijangkau).


Versi 17.3
  • Sokongan eksperimental untuk sarikata bagi Chromecast.
  • [Lagi maklumat]
  • Pembaikan pepijat.
Versi 17.2
  • Baiki Youtube.
  • Pilihan untuk memadam fail dari cakera dalam senarai main telah kembali tetapi ia dilumpuhkan secara lalai (anda boleh benarkannya dalam Keutamaan -> Senarai Main -> Pelbagai).
  • Pada SMPlayer Linux kini menggunakan pelayan sesawang yang lain, yang disertakan dalam pakej, untuk menyediakan fail bagi Chromecast. Jika anda memasang pakej webfs, anda boleh membuangnya kerana SMPlayer tidak lagi menggunakannya.
  • Terjemahan baharu: Norwegian Bokmål.
Versi 17.1
  • Sokongan eksperimental untuk memainkan video dengan Chromecast.
  • Sokong beberapa pilihan #EXTVLCOPT dalam senarai main m3u/m3u8. Ia mungkin dapat memainkan strim atas talian dari senara main khusus untuk VLC.
  • Pilihan baharu dalam menu konteks senarai main: 'salin URL ke dalam papan keratan', 'buka folder sumber' dan 'main di Chromecast'.
  • Pilihan untuk papar maklumat kadar bit dalam palang status.
  • Keupayaan memaparkan masa main balik dalam milisaat dalam palang status.
  • Pilihan untuk menambah sempadan hitam ketika skrin penuh telah dikembalikan (Keutamaan -> Am -> Video).
  • Pilihan dalam senarai main untuk memadam fail dari cakera telah dibuang.
Versi 16.11
  • Pilihan baharu 'Tunjuk maklumat pada OSD' di dalam Lihat-> OSD (Shift + I). Ia paparkan maklumat berkenaan media semasa (resolusi, kadar bit...) pada OSD.
  • [Lagi maklumat]
  • Lagi pilihan di dalam Keutamaan -> Senarai Main untuk kawalan kelakuan senarai main yang lebih baik, yang memudahkan penggunaan senarai main untuk tanda buku.
  • Pembaikan pepijat.
Versi 16.9
  • Pilihan baharu untuk menghantar audio ke peranti audio yang dinyatakan. Ia berguna untuk menghantar audio ke TV melalui kabel HDMI atau peranti bluetooth.
  • [Lagi maklumat]
  • Beberapa penambahbaikan kepada senarai main. Kini dapat menyembunyikan mana-mana lajur (klik kanan untuk lihat pilihan tersebut). Medan gelintar telah disembunyikan secara lalai, satu butang gelintar akan tunjuk/sembunyikannya. Perubahan ini bertujuan untuk menghindari tetingkap senarai main menjadi terlalu lebar.
  • Disebabkan masalah pepijat dan Qt 5, pakej untuk Ubuntu kini dibina dengan Qt 4 secara lalai.
  • Pembaikan pepijat.
Versi 16.8
  • Senarai main kini telah ditambahbaik.
  • [Lagi maklumat]
  • Pembaikan pepijat.
Versi 16.7
  • Baiki Youtube.
  • Pembaikan pepijat untuk Qt 5.
Lain-lain perubahan dalam SMPlayer 16.6:
  • Tema baharu: Masalla, Papirus dan PapirusDark.
  • Dibina secara lalai dengan Qt 5.